Manusia
7-teenager
Candidates of SPM 2014
Pendosa tanpa noktah
Insan yang masih perlu dibimbing
27/4/2014
Maafkan aku,
Trial SPM dah dekat
Jarang update
Doakan kejayaan aku
"Love study before
You love somebody"
Assalamualaikum..
SINGGAH-SANA
Twitter | Facebook | Youtube |
CREDITS
Layout made by: Melissa
Alahai, manusia..
28 Apr 2014 | 28.4.14
Assalamualaikum..
Gambar atas tu, hasil 'tangkapan' aku menggunakan camera kawan aku. Well.. Banyak cerita nak share. TERLALU banyak. Sebenarnya, aku pelik dengan manusia. Ya, manusia. Pelik dengan diri aku. Pelik dengan orang sebelah, kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah aku. Masing masing bawa 'watak' masing masing, yang berlainan jenis dan juga cara. Aku taktau nak mula cerita macam mana. Jadi, aku taip ni ikut jari lah. Mana jari aku tekan, yang tu lah yang akan tertimbul keluar dalam entry ni. Maaflah, BM aku berterabur. Ini tak type BI lagi. Kang memusing kepala nak baca.
Yeah. Orang cakap "Tak semua manusia sempurna". Tapi ada sesetengah manusia, yang berlagak sempurna. Hows that? Wargh. Pelik. Pelik sepelik peliknyalah manusia ni. Susah nak hadam, tafsir and blablabla. Bila diikutkan aku rela "Tak ambil peduli" pasai orang sekeliling aku. Cuma, aku pegang kata kata seseorang ni. Dia kata "Kita hidup bermasyarakat. Kita kena jaga hubungan dengan manusia, disamping hubungan dengan Allah. Jap. Maksud aku, hubungan Allah tu penting. Tapi hubungan dengan manusia jangan dilupakan. Hablumminallah, hablumminnannas..
Jadi.. Aku taktau nak cakap apa lagi. Ada 'manusia' ni sering nasihatkan aku bila aku cerita masalah aku dekat dia. Remeh mana pun masalah aku, dia mesti pesan "Ingat Allah. Kuatkan Iman. Kurangkan Bercakap. Hilang satu, tak bermakna hilang segalanya" Antara pesanan yang sering dilemparkan bertalu talu. Aku tak pernah cakap dekat dia "Tukaq nasihat hang, boleh?" Sebab apa? Aku selalu lupa nasihat dia. Hahaha. Bukan apa. Manusia. Nafsu. Kadang kadang diri ni cepat sangat tersasar. Tak sempat nak bimbing, dah pecut jauh sana nunn.
Sebelum jari aku berhenti menaip. Sebelum bateri laptop ini mematikan diri. Meh aku share sikit apa yang aku baca dalam buku " Nik Nur Madihah permata generasi " Such a great book! Cerita pasal 'budak' yang excellent gila. Ada dua buah buku yang baru aku beli. Yang Ahmad Ammar tu ada dekat kawan. Nanti free aku share. Hihi. InsyaAllah..
Kita dilarang takbur dan mencari nama tetapi kita tidak dilarang mencri kehormatan dengan memperbaiki budi pekerti. Gila hormat dilarang tapi menjadi orang terhormat harus menjadi tujuan hidup
-Imam Al-Ghazali-
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.
Pencinta akhirat menangis kerana dunia yang datang.
-Nik Nur Madihah-