
Manusia
7-teenager
Candidates of SPM 2014
Pendosa tanpa noktah
Insan yang masih perlu dibimbing
27/4/2014
Maafkan aku,
Trial SPM dah dekat
Jarang update
Doakan kejayaan aku
"Love study before
You love somebody"
Assalamualaikum..
SINGGAH-SANA
Twitter | Facebook | Youtube |
CREDITS
Layout made by: Melissa

HAKA 2014
26 Apr 2014 | 26.4.14
Assalamualaikum..

Hari 27 April kan? Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik sekolah aku 26April. Kelmarin lah maksudnya. Dah lama, terlalu lama aku tak update blog. Edit pun tidak. Sentuh lagilah tidak.

Aku tak pernah rasa penat macamni, haha. Taktau la statement ni poyo ka apa. Tapi memang penat. Penat gila. Aku punya kerja waktu HAKA ni pelbagai. Variasi. Sampai aku pun taktau nak buat mana satu *cey* Kerja utama aku adalah 'penunjuk arah'. Contohnya, bila waris datang diorang akan dibekalkan dengan nombor kerusi. Alaa, yang macam dekat wayang tu. So, aku and the gang of 'penunjuk arah' kena main tunjuk tunjuk lah kan. Keje ni dengar pun macam letih. Baru dengar. Tapi buat lagi. Haa, nampak tak?


Bila majlis dah start, gua 'rampas' camera cikgu Yusaini. Aku join si Ainaa Raffi (spectacles girl) ni bersnappy. Haha. Melilau satu dewan tangkap gamba orang. Bila dah setle, gua keluar dewan. Suruh Ainaa tangkap gambar aku. Kahkahkah, punyalah poyo. Bukan apa. Aku memang minat camera cikgu. Lens dia gila punya besar, panjang pulak tuuuu. Haha. Bajet camera-woman profesional lah kejap en.


Dah siap tangkap gambar, sesi ambil hadiah. Actually, gua dapat award. Award tak seberapa pun. Time ni aku considered as time 'rehat' dari tugas pengawas. Duduk sebelah ayah. Main handphone. Haha. Sambil usha luar dewan budak budak pengawas bertugas. Goodjob. Bertugas tanpa kenal erti penat lelah. Hihik. Joke. Program berjalan lancar. Thanks to semua pengawas yang bertugas.

Habis majlis, terserempak dengan teacher Aishah and Kak Aqilah dekat belakang. Ajak teacher snap gambar. ^_^ Rasa grateful yang tak terhingga bila tengok gambar ni. Teacher Aishah pegang bahu. Hihi. Rasa disayangi, dihargai, dicintai. Haha. Teacher pesan "Sampul ni jangan duk buang. Penat saya buat!" Hehe. Teacher, yang sampul tahun lepas pun saya tak buang lagi tau. Tahun lepas dapat 'warning' yang sama, dari orang yang sama juga. Haha. Jangan marah, teacher! <3

Itulah pengakhiran cerita HAKA aku yang terakhir sebelum SPM. Yelah, lepasni nak HAKA apa lagi. Pi ber-HAKA HAKA dekat tempat lain pula. Hm, well. Im going to miss the stage, stage yang merah merah lawa tu. Dan semestinya, aku akan merindui sekolah, baju, cikgu, kawan kawan, adik adik junior, akak akak senior, makcik pakcik cleaner, makcik pakcik pekebun yang memang friendly gila! Hm. Yeah. Sedih. But, well. Tu jelah..

Trial SPM dah dekat. Rasa kejap je masa tu jalan. Dah nak trial. Apapun, wish me luck. Best of luck, dear self. Kau boleh. Kau mesti boleh. Kau pasti boleh.
Sekian,
Assalamualaikum